Random Posts

TOKOH AHLI FALSAFAH ISLAM (AL-BIRUNI)






AL-BIRUNI atau nama lengkapnya Abu Rayhan Muhammad Bin Ahmad Al-biruni Al-khawarizmi. Beliau dilahirkan di Khawarizmi (kini Uzbekiztan), asia tenggara pada bulan Zulhijah 362 Hijrah (973M)/13Disember 1048. Beliau diasuh dan dibesarkan dalam keluarga Iran dan telah meninggal dunia pada bulan Rajab 448/13 Desember 1048. Beliau merupakan seorang ilmuan terbesar dan seorang experimentalis dalam ilmu alam yang sangat tekun pada abad pertengahan Islam. Beliau telah menguasai dengan baik dalam pelbagai bidang, antaranya ialah dalam bidang Matematik, Kedoktoran, farmasi, Astronomi dan Fizik. Beliau juga diketogori sebagai seorang pakar dalam bidang Sejarah, Geografi, Kronologi dan Bahasa. 

Al-biruni telah menulis sebuah karya mengenai geometri, astronomi, arimetik dan astrologi yang bertajuk Kitab Tafhim Li Awa’ii Sina at-Tanjim dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh R.Ramsay Wright. Karya yang ditulis oleh Al-biruni mengenai astronomi yang menerangkan masalah astronomi, geografi dan beberapa bahagian matematik dalam bahasa Greek, India, Babylonia, dan Parsi. Karyanya telah dipersembahkan oleh Sultan Mas’ud bin Mahmud sebagai penghormatan. Karyanya yang menerangkan secara terperinci mengenai pergerakan bumi dan masalah lingkaran-lingkaran metematik Pythagoras. Orang barat banyak menggunakan buku hasil penulisan Al-Biruni sebagai rujukan. Astronomi yang merupakan satu bidang kepakaran al-biruni terselah dan memberi banyak manfaat kepada  manusia  khususnya  bagi umat Islam. Antaranya ialah mengenai sesuatu yang berkait rapat dengan cahaya bintang dan sebagainya di dalam bukunya  yang  bertajuk  Al-Manazir. Ilmu ini juga digunakan  untuk mendapatkan  arah  kiblat  untuk  setiap  daerah Cuma yang membezakan dengan zaman celik IT atau zaman sekarang ini adalah kaedah-kaedah baru terus berkembang untuk menentukan arah kiblat dan perubahan waktu solat.


 Sepanjang hidupnya Al-Biruni telah menulis lebih 150 buah buku yang mengandungi 138 tajuk. Antaranya ialah, Al-Jamahir fi al-Jawahir iaitu mengenai batu-batu permata dan Al-Athar al-Baqiah iaitu berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah. Antara karya-karya yang ditulis oleh Al-Biruni adalah bermula ketika beliau berusia 17 tahun, beliau meneliti garis lintang khath dengan menggunakan altitude maksima matahari. Pada 1031 beliau menghasilkan ensikopedia astronomi bertajuk Al-Qanun Al-Mas’udi. Selain daripada itu, dalam aspek ilmu astronomi, beliau berjaya menentukan garis bujur dan lintang bumi serta memberikan maklumat tentang hakikat bahawa perjalanan cahaya jauh lebih laju daripada perjalanan bumi.Beliau juga telah Berjaya menentukan kaedah menimbang berat dengan tepat berbagai-bagai jenis benda, termasuk logam dan batu-batu yang berharga. Beliau juga telah Berjaya menghasilkan satu datar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia. Manakala sumbangan paling utama kepada perkembangan ilmu pengetahuan ialah penciptaan kaedah penggunaan angka-angka india dengan menggunakan anka kosong dan beliau berjaya menyelesaikan berbagai-bagai persoalan matematik dan geomatri.


video di bawah ini menceritakan mengenai kepakaran al-biruni


RUJUKAN

Hamdan Aziz & Md Zuki. 2014.  Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS). Wilayah Persekutuan: Bs      
                Print (M) Sdn Bhd
Dr.Muhammad Hanafis. 2010. Ilmuan Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd

Post a Comment

0 Comments