Random Posts

BERGADUH BALING DURIAN



 baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita mengenai peniaga yang bergaduh berebut tapak perniagaan sehingga berlakunya tragedi membaling durian. berikut adalah berita yang disunting oleh Harian Metro

Provided by Harian Metro

ANGKARA berebut tapak perniagaan, seorang peniaga dipukul dan dibaling durian dalam pergaduhan di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira 1 tengah hari itu tular di laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa pada 6.11 petang.
Menurutnya, lelaki berusia 52 tahun mendakwa diserang sekumpulan lima lelaki termasuk seorang dikenali dengan nama panggilan 'Joe' ketika sedang berniaga buah-buahan di gerainya.
"Berdasarkan siasatan awal, suspek bertindak memukul mangsa menggunakan tangan dan dibaling buah durian.
"Selain itu, suspek turut merosakkan tapak perniagaan mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Zaid berkata, siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan perebutan tapak perniagaan dan polis kini mengesan lima individu berusia 40-an hingga 50-an terbabit bagi membantu siasatan.
sebarang kepastian boleh ke laman web tersebut
berita ini menjadi buah mulut masyarakat di malaysia dan contoh yang tidak baik yang mana perkara sebegini perlu dielakkan kerana sama-sama berniaga dan sama-sama mencari rezeki. tidak salah jika adanya tolak ansur. sesungguhnya tuhan telah tetapkan rezeki bagi setiap manusia dan semoga ia menjadi ikhtibar kepada peniaga lain supaya adanya sifat kesefahaman dan tolak ansur.

Post a Comment

0 Comments