Random Posts

PRODUK KECANTIKAN



PRODUK INI TIDAK SELAMAT DIGUNAKAN



Ahad 7 jun 2020, baru baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik kerana mengandungi racun berjadual. Tiga produk itu adalah Sifu Kunyit Day Cream yang mengandungi Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.

Menurut kenyataan media Berita Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menggesa orang awam mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik terbabit. Katanya, produk terbabit tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini selepas notifikasi produk itu dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kerana boleh menyebabkan kesan sampingan ke atas pengguna.
pengedar produk tersebut hendaklah memberhentikan penjualan tersebut serta merta yang mana boleh memudaratkan kepada pengguna kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu status sesuatu produk dilaman rasmi NPRA bagi mengelakkan penyalah gunaan sesuatu produk. Laman sensawang ini adalah bertujuan menjaga kemaslahatan pengguna.
Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, tidak semua produk hasilan semulajadi selamat digunakan, oleh yang demikian pengguna perlu bijak dengan menyemak status pendaftaran sesuatu produk agar tidak memberi kesan mudarat kepada pengguna. Dan oleh kerana itu jugalah kenapa penjualan produk Sifu Kunyit Day Cream ini perlu diberhentikan kerana mempunyai racun berjadual.
Pandangan peribadi
Pada pandangan saya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap produk Sifu Kunyit Day Cream ini adalah sangat wajar kerana ia mengandungi racun berjadual yang boleh memudaratkan kepada pengguna produk tersebut.
            Selain daripada itu juga, sudah pasti kita sedia maklum bahawa kandungan yang terdapat di dalam produk tersebut merbahaya seperti Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate yang terdapat di dalam produk tersebut. Oleh yang demikian wajarlah produk tersebut disekat daripada terus dijualkan kepada pengguna. Ubat adalah bahan yang digunakan untuk mencegah, mengawal atau merawat penyakit. Oleh itu, semua ubat perlu berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah (PKBD).
            Oleh yang demikian kita sebagai pengguna perlu bijak dalam penggunaan sesuatu produk, jangan terlalu percayakan kepada testimony kerana ia masih belum menjamin keselamatan kepada pengguna oleh sebab itulah diciptakan satu laman rasmi bagi menyemak status sesuatu produk tersebut dan sama ada selamat digunakan atau tidak.
Akhir sekali, menurut pembacaan penulis mengenai produk tersebut, terlalu banyak article yang mengatakan tentang keburukan menggunakan produk Sifu Kunyit Day Cream kerana ia boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari. Oleh sebab itulah pengguna perlu bijak dalam memilih produk yang tepat dan selamat.
Rujukan


Post a Comment

0 Comments