ini adalah tips yang mungkin saya boleh kongsikan bersama
bagaimana saya seorang pelajar yang tidak mempunyai apa-apa
pekerjaan mampu memiliki kereta. saya mula membeli produa kancil sewaktu saya
diploma pada semesta akhir. kini saya menyambung ijazah di Universiti
Kebangsaan Malaysia. alhamdulillah berkat kesabaran dan keinginan saya mampu
memiliki sebuah kereta baharu. jadi tips yang ingin dikongsikan ini adalah cara
saya menguruskan kewangan.
1: Pergi kelas
belajar sama ada di IPTA atau IPTS sama sahaja, kedua-duanya
bukanlah percuma. belajar bersungguh-sungguh supaya mengeluarkan hasil yang
baik. jangan pernah tinggal kewajipan kita sebagai hamba dimuka bumi.
2: matlamat menyimpan
sebelum anda mula menabung, cuba letakkan satu matlamat dan tujuan
anda menabung. memang ada yang menabung kerana suka menabung. tapi bagi yang
susah untuk menabung, cuba letakkan satu matlamat menabung. mesti anda semua
jeles dengan kawan-kawan yang dapat beli apa yang mereka suka, ada kenderaan
yang boleh bawa kita kemana-mana. jadi letakkan satu matlamat anda dan apa yang
anda ingin capai dalam hidup.
3: Jangan “Couple”
Baik. cara yang ini mungkin tidak dapat dielakkan kerana saya
faham mesti ada yang ingin mengambil kesempatan untuk mencari pasangan sewaktu
belajar. jadi, anda perlu mengambil langkah yang bijak.
contoh : andai kata duit belanja yang anda peruntukkan setiap hari
adalah RM15. cuba anda makan secara bersederhana setiap hari dengan peruntukan
RM4 x 2 kali makan. baki yang selebihnya anda boleh menabung.
jika anda seorang yang bijak, kalau nak keluar bersama pasangan
pastikan sama-sama mengeluarkan duit agar beban dan simpanan kita tidak habis
begitu sahaja.
4: Gunakan pengangkutan disediakan
Banyak
universiti yang menyediakan perkhidmatan bas untuk pelajar-pelajar ke kelas.
Gunakan perkhidmatan ini sepenuhnya kerana ini amat membantu pelajar untuk
berjimat. Tetapi, anda mungkin perlu keluar awal untuk menunggu bas dan perlu
bersesak-sesak di dalam bas.
5: Gunakan kad pelajar
Terdapat
kedai-kedai buku, kedai makan yang memberikan potongan istimewa untuk pelajar
universiti. Gunakan kad pelajar sewaktu membuat apa-apa pembelian jika
ditawarkan discount kepada pelajar.
6: Duduk di asrama
Hampir setiap universiti tempatan menyediakan
asrama untuk pelajar-pelajarnya yang aktif di universiti. Libatkan diri dalam
kegiatan -kegiatan di universiti seperti kokurikulum, persatuan dan lain-lain
bagi membolehkan anda berpeluang untuk terus tinggal di asrama.
ia lebih berbaloi berbanding anda tinggal di
luar kerana ia melibatkan wang yang lebih tinggi.
7: Jangan merokok atau vape
Merokok
sentiasa memberikan impak yang negatif sama ada dari segi kewangan mahupun
kesihatan. cuba anda letakkan satu niat dalam diri untuk mengubah cara hidup
anda dan setiap kali anda ingin merokok, letakkan wang yang ingin anda gunakan
itu di dalam tabung dan lihat hasil simpanan anda, tak perlu lama cuba lihat
dalam tempoh satu bulan. ia akan membuatkan anda kagum dengan diri
sendiri.
8: Cuci baju sendiri
Baju
pelajar biasanya tidak banyak dan pelajar mempunyai masa yang banyak terluang
terutamanya di hujung minggu. Basuh baju sendiri dan kalau boleh hindarkan dari
menghantar baju ke dobi atau menggunakan mesin pencuci berbayar. baju yang
kotor setiap hari boleh terus dibasuh agar anda tidak terasa terbeban selepas
seminggu anda mengumpul baju kotor.
9: Komputer dan Laptop
Beli
komputer atau laptop yang dapat memenuhi keperluan anda bukannya beli komputer
atau laptop yang memenuhi kehendak anda. Laptop yang mempunyai spesifikasi yang
sederhana sudah cukup jika hanya menggunakan laptop bagi menyiapkan asignment
dan bukannya bagi keperluan lain. gunakan Laptop boleh diperolehi dengan harga
semurah RM900+ dan ianya sudah cukup untuk keperluan itu.
10: Telefon pintar
telefon
pintar pada abad ini merupakan satu keperluan dan semua pelajar kini mempunyai
telefon pintar mereka sendiri. Tetapi perlu diingatkan bahawa anda tidak perlu
beli telefon pintar yang terlalu mahal dan bertukar-tukar untuk kegunaan harian
anda. cukup sekadar telefon tersebut dapat digunakan untuk keperluan belajar
dan menelefon.
Ok.
Saya
rasa cukup setakat itu dulu perkongsian saya untuk cara jimat untuk pelajar.
nasihat saya, tidak rugi untuk anda merancang nak melukis cara hidup anda
sendiri. bersusah-susah dahulu dan lihat hasil yang akan datang.
semoga
bermanfaat
0 Comments