Random Posts

UMUR 19 TAHUN ROMPAK BANK

KES ROPAKAN BANK


KHAMIS 8 JUN 2020
katanya di dalam sidang Harian Metro, SEORANG penjenayah maut ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi, dalam satu insiden rompakan membabitkan tebusan, petang tadi.
dalam kejadian suspek dikatakan mati ditempat kejadian pada jam 2.04 petang. suspek seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun yang bersenjatakan sebilah sabit masuk ke kawasan perkhidmatan bank dan mengacukan senjata di leher seorang wanita tempatan sebagai tebusan yang juga pelanggan bank terbabit.
"Bertindak atas keselamatan pelanggan dan pekerja bank, pegawai keselamatan yang bertugas melepaskan tembakan menggunakan 'pump gun' @ pistul angin.


"Tembakan itu mengenai rusuk kanan suspek. Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. Dalam insiden ini tiada sebarang kecederaan pada orang awam termasuk tebusan mahupun pekerja bank," katanya dalam satu kenyataan.
Ashmon berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

article diambil dan sunting daripada harian my metro

kes ini mendapat perhatian netizen tidak kira di facebook, twitter dan lain-lain media social yang menimbulkan pelbagai reaksi dan dakwaan. tetapi apa yang ingin ditegaskan di sini bahawa pihak netizen ditegaskan supaya memberi peluang kepada pihak polis membuat siasatan ke atas kes tersebut agar tidak mengganggu sensitiviti keluarga mangsa.

Post a Comment

0 Comments