Random Posts

BERUSAHA MENCAPAI MATLAMAT

TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA

ramai manusia disekeliling kita yang merungut mengenai duit tidak cukup, pekerjaan bergaji kecil, tidak ada kereta mewah dan macam-macam kita dengar. tiada siapapun pernah minta untuk hidup susah di dunia, tapi bagaimana kita perlu belajar berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita impikan. sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut, ingatlah satu perkara. orang yang berjalan kaki inginkan basikal, orang yang berbasikal inginkan motosikal, orang yang bermotosikal inginkan kereta, dan orang yang sudah memiliki kereta mahukan kereta yang lebih besar. sebelum itu, belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang kita ada, cuba lihat orang yang lebih bawah daripda kita.


      tidak boleh dinafikan lagi, duit merupakan satu keperluan buat kita pada hari ini, tapi ia bukan halangan untuk kita berusaha dengan lebih, dengan kata lain tiada rezeki yang akan datang bergolek tanpa ada usaha. zaman sudah berubah dan banyak sangat cara untuk kita mencari rezeki, tunggu kita sahaja yang berusaha. tiada hasil yang akan diperolehi tanpa usaha sedangkan pokok pun tidak akan mengeluarkan buah yang baik jika tidak ditaburkan baja.

     saya ada kenal dengan seorang kawan yang hanya bekerja gajinya hanya RM1300 sebulan, bagaimana dia boleh makan dengan selesa dan membeli kenderaan sendiri ditambah pula dengan komitment yang lain. beliau berkongsi dengan saya cara dia menyara kehidupan dia. dia mengatakan bahawa kuncinya adalah masa. setiap hari dia melakukan pekerjaannya seperti biasa tetapi dalam masa yang sama dia menulis article bukan kerana minat tetapi kerana ia adalah sumber rezeki, dalam pada yang sama dia melakukan dropship  sebagai sumber pendapatan tambahan.

      manusia hanya merungut tetapi tidak mahu mencari jalan untuk mengubah diri mereka. jika bukan diri sendiri yang mengubah tiada siapa yang akan dapat mengubah. memang betol mungkin tiada rezeki tapi anda perlu ingat, tiada rezeki yang datang tanpa ada usaha.sedangkan orang yang berniaga di tepi jalan pendapatannya boleh mencecah RM5000 sebulan, jadi tiada alasan untuk anda tidak boleh berusaha. berikut adalah beberapa cara bagaimana anak muda boleh menghasilkan duit sendiri jauh lebih banyak daripada kita.

1. menjadi agen dropship
2. membuat chanel Youtube
3. menulis blog
4. membuat design
5. macam-macam lagi

jadi apa yang ingin saya tekankan di sini adalah, belajar bersyukur dengan apa yang kita perolehi dan dalam masa yang sama berusahalah untuk mencapai sesuatu dengan lebih baik. berani bukan tanda anda gagal tapi berani untuk mengubah hidup anda sendiri

Post a Comment

0 Comments