Random Posts

DEPRESSION ADALAH SATU PENYAKIT



DEPRESSION 


kemurungan adalah satu gangguan perasaan seseorang yang mengakibatkan seseorang itu mempunyai gangguan emosi yang berpanjangan seperti sedih berpanjangan, cepat marah dan sedih berpanjangan. penyakit ini boleh dihidap tanpa mengira umur seseorang.

mungkin apa yang anda fikir kemurungan adalah satu proses normal. anda perlu tahu bahawa Kemurungan adalah penyakit mental yang semakin meningkat di Malaysia. Pengidap penyakit ini gagal berfikir dengan waras dan sentiasa mahu mengambil jalan mudah seperti membunuh diri..

Perubahan drastik seseorang yang mengalami kemurungan antaranya mula mengasingkan diri, putus harapan, tiada selera makan dan masalah tidur dan ada kes sanggup membunuh diri oleh kerana masalah kemurungan.


Sebab-sebab berlakunya kemurungan

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada seseorang itu untuk mengalami penyakit kemurungan:


1) Genetik atau keturunan: Individu yang mempunyai ahli keluarga yang pernah

menghidapi penyakit kemurungan, mempunyai risiko yang lebih tinggi.

2) Personaliti diri: Individu dengan personaliti yang selalu gelisah, pendiam serta kurang ceria adalah lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.

3) Trauma ketika kanak-kanak: Mereka yang pernah mengalami peristiwa hidup yang memberi impak pada zaman kanak-kanak seperti penderaan fizikal / mental atau kehilangan ibu bapa sewaktu kecil didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi.

4) Penggunaan dadah atau alkohol.

5) Tekanan hidup: Sejarah hidup yang negatif atau tekanan yang berterusan.

6) Ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak. Bahan kimia utama yang sering dikaitkan ialah serotonin. Selain daripada itu norepinephrine dan dopamine juga turut terlibat. Bahan-bahan ini diperlukan untuk otak kita berfungsi secara normal dalam mengawal perasaan kita.



banyak kaedah rawatan yang disediakan 

Pesakit boleh menjalani sesi psikoterapi di mana beliau dibimbing untuk mengenal pasti masalah serta cara penyelesaian, mengenal pasti serta menangani fikiran negatif, digalakkan untuk meluahkan perasaan dengan betul serta diberikan sokongan.

oleh itu, dinasihatkan agar sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kemurungan tidak kira ketara ataupun tidak agar mendapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar kerana penyakit seperti ini boleh mendapat gangguan halusinasi serta delusi dan perkara yang paling membimbangkan adaya pemikiran untuk membunuh diri. 

oleh itu, rawatan awal sangatlah perlu agar dapat membantu untuk kembali sihat dan ceria dalam menjalani kehidupan yang berkualiti.




Post a Comment

0 Comments