KURUNG ANAK DAN DISIMBAH AIR PANAS
mak bapak dari
neraka kata netizen selepas mendera anak lelakinya yang berusia 5tahun itu
sehingga mati. sebelum ini anak kandung mereka dijaga oleh ibu angkat
oleh kerana pasangan tersebut mengalami masalah kewangan.
Menerusi
CNA, bapa mangsa, Ridzuan Mega Abdul Rahman dikenakan hukuman penjara 27 tahun
dengan 24 sebatan, manakal si ibu juga turut dipenjarakan selama 27 tahun
ditambah 12 bulan sebagai ganti hukuman sebat, sebab di Singapura wanita tidak
disebat.
Pasangan
ini telah mengurung anak lelakinya tingginya 105cm ke dalam sangkar kucing
berukuran 70cm (tinggi), 58cm (lebar) dan 90cm (panjang).
kedua-dua
pasangan itu tidak bekerja dan Sekiranya disabitkan kesalahan membunuh,
pasangan itu akan berhadapan dengan hukuman mati mandatori atau penjara seumur
hidup.
Antara
barangan bukti yang dirampas oleh pegawai polis dari kediaman mereka ialah
cerek eletrik, sangkar besi kucing, playar, penyapu, cawan kaca dan segulung
tali pintal.
sungguh
kejam cara anak tersebut didera sehinggakan ketika anak tersebut disiram air
panas diatas tapak tangan kerana makan susu tepung. memulas pusat mangsa
menggunakan playar. Isteri suspek juga didakwa memukul mangsa dengan
penyapu di bahagian badan, belakang dan kaki, selepas mangsa menafikan mengetuk
tin biskut dan menumpahkan biskut di lantai dapur.
Bapa
mangsa juga menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa dan
mencucuh bara rokok pada lengan mangsa dan memukul mangsa menggunakan
penyangkut baju kerana mangsa mencuri susu tepung.
kasihan
mangsa yang masih kecil dan baru nak mulakan hidup didera dengan kejam sehingga
mati. anak merupakan anugerah daripada tuhan yang ramai pasangan diluar sana
yang menantikan kelahiran. hargailah anugerah yang dikurniakan.
info penuh dan menarik : https://siakapkeli.my/2019/11/14/kanak-kanak-maut-dipercayai-disimbah-air-panas-ketika-dikurung-dalam-sangkar-kucing/
0 Comments