Random Posts

HUKUM DALAM MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL

HUKUM DALAM MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL



Media merupakan suatu wadah yang dapat menyalurkan informasi daripada suatu sumber maklumat kepada orang lain. oleh itu, peranan media sosial amat penting dalam membangunkan sektor pembangunan dan perindustrian negara.

apa yang ingin saya tekankan disini adalah akhlak dan etika dalam menggunakan media sosial, islam sangat menekankan kepentingan menyebarkan maklumat yang sahih dan benar

Hukum asal dalam perkara ini adalah harus selagi mana tidak ada dalil yang mengharamkannya. kaedah fiqh telah membawa pengertian iaitu segala sesuatu di atas muka bumi adalah untuk maslahat atau kebaikan manusia. oleh itu, selagi tiada ketetapan syarak yang menghalangnya, maka halal dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan. namun demikian, perubahan hukum kepada pengguna media sosia akan berlaku apabila terjadinya perubahan kepada tujuan atau matlamat untuk perkara-perkara mungkar dan maksiat. maka hukumnya adalah Haram.

WAJIB : jika media sosial satu-satunya wasilah bagi menyebarkan ilmu dan risalah islam bagi menangkis tuduhan terhadap islam
sebagai contoh :  wahyu al-Quran yang dibawa Rasulullah s.a.w, islam tersebar dengan dakwah bukannya senjata. jihad dan menyebarkan umat islam terhadap fahaman Islam Liberal dan Pluralisme agama.

SUNAT : 1. sebagai wadah ukhuwah dan penyambung silaturahim sesama muslim
                2.  sebagai sumber untuk mencari maklumat dan ilmu
                3. untuk tujuan perniagaan dengan syarat tiada unsur penipuan

HARAM : jika ia digunkan untuk perkara-perkara maksiat seperti menonton video porno, menyebarkan berita palsu, berkongsi gambar-gambar yang tidak menutup aurat atau melayari internet sehingga meninggalkan solat


banyak perkara yang kita dapat lihat pada zaman sekarang. sebagai contoh ketika di dalam perintah kawalan pergerakan, analisis mencata hampir 80% manusia yang menonton video lucah dan ada pula masyarakat yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu sehingga mengakibatkan kemaslahatan kepada pembaca maklumat. oleh itu, menjadi tanggungjawab kita dengan menggunakan akal dan kepintaran kurniaan Allah s.w.t untuk menggunakannya dengan penuh beretika dan selaras dengan ajaran al-Quran dan sunnah.


Post a Comment

0 Comments