KERAJAAN MENGAMBIL BERAT MENGENAI ISU PEMANDU DIBAWAH PENGARUH ALKOHOL
Isu
pemandu dibawah pengaruh alkohol kini menjadi satu isu yang sangat dititik
berat oleh pihak kerajaan sehingga membahayakan pemandu lain. terlalu banyak
kes yang meragut nyawa pengguna jalan lain seperti Pekerja kurier yang maut dilanggar pemandu mabuk dan ada
sehingga kehilangan kedua ibu bapa akibat daripada pemandu di bawah pengaruh
alkohol telah mencetuskan pelbagai reaksi serta pandangan, mendesak
kerajaan mengetatkan undang-undang berkaitan bagi menanganinya.
PUTRAJAYA:
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) meberikan hukuman lebih berat
yang akan dikenakan kepada individu yang disabit kesalahan memandu di bawah
pengaruh alkohol, dadah atau secara berbahaya.
Hukuman
berat dikenakan kepada iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga
RM150,000 jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan Dewan
Rakyat.
Menurut
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, telah membuat pindaan sudah
dihantar ke Jabatan Peguam Negara,
Pindaan
itu, katanya, dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat, Julai ini, selain hasilnya
adalah bersandarkan hasil pungutan suara diterima daripada 345,021 responden
melalui proses pungutan suara dilakukan kementerian, baru-baru ini.
"Kita
akan menyaksikan peningkatan mendadak ketiga-tiga hukuman bagi Seksyen 41
hingga 45 Akta 333.
Akta
tersebut memperuntukkan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun dan denda
antara RM8,000 hingga RM20,000, jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 44 (a)
Akta 333 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan menyebabkan
kematian.
Hukuman
sama turut diperuntukkan bagi individu disabit bersalah mengikut Seksyen 44 (b)
Akta 333 kerana memandu dengan kandungan alkohol dalam badan, nafas, darah atau
air kencing melebihi had ditetapkan dan menyebabkan kematian.
Seksyen
45A (1) Akta 333 memperuntukkan hukuman denda antara RM1,000 hingga RM6,000
atau penjara maksimum setahun, jika disabit kesalahan kerana memandu, cuba
memandu atau menjaga kenderaan ketika mabuk.
kerajaan
juga sedia menurunkan had kandungan alkohol dibenarkan ketika memandu mengikut
ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Ketika
ini kadar ditetapkan ialah 35 mikrogram alkohol dalam 100 milimeter (mm) nafas;
80 miligram (mg) alkohol dalam 100mm darah atau 107mg alkohol dalam 100mm air
kencing, berbanding paras disaran WHO (0.05g/dl)
“Sesiapa
yang melebihi had ini akan terus dihukum,” katanya.
“Ia adalah bertujuan
untuk membendung pemanduan mabuk yang menyusahkan orang
lain. Kita jangan biarkan jalan raya kita sebagai jalan maut,” tegasnya ketika
sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
"walaupun
Ada pihak mahu kandungan alkohol pemandu ditetapkan pada paras sifar. tetapi,
ia agak sukar kerana kandungan ubat batuk contohnya, akan ada bacaan alkohol
dan ia akan diperhalusi," katanya.
semoga
dengan adanya pindaan ini akan mengubah dan memberikan pengajaran kepada warga
malaysia bahawa memandu di bawah pengaruh alkohol sangat memudaratkan pihak
lain serta bebas kemalangan jiwa akibat pemandu mabuk.
info daripada : (BH )
Info penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/700212/hukuman-berat-menanti-pemandu-mabuk
0 Comments