Random Posts

ISLAM LIBERAL


ISLAM LIBERAL



ISU MENGENAI SITI KASIM MENGATAKAN BAHAWA TUHAN TERHASIL DARIPADA TENAGA
Menurut kenyataan astro awani mengatakan bahawa beliau berfikir tentang kewujudan Tuhan. Kiatanya seseorang telah memaklumkan kepadanya bahawa tuhan itu wujud melalui tenaga yang dihasilkan daripada manusia iaitu setiap darinya bergantung sama ada ia mempunyai aura tenaga positif atau negatif. Siti kasim memberitahu bahawa jika tenaga positif yang baik beliau percaya tuhan yang baik akan dapat dihasilkan, begitu juga sebaliknya.

PENDAHULUAN
Berdasarkan daripada kenyataan yang disebut oleh siti kasim ini adalah sangat bercanggah dengan akidah islam iaitu mengatakan tuhan itu terhasil sedangkan tuhan ini maha berkuasa iaitu dtidak dijadikan dan tidak ada permulaan baginya dan tidak ada pengakhiran baginya. Pemikiran yang dinyatakan oleh siti kasim ini boleh dikategorikan sebagai liberal iaitu Pemikiran liberal adalah aliran pemikiran yang berjuang untuk hak kebebasan bersuara dan hak kebebasan beragama. Pemikiran ini dilihat memberi ancaman kepada keharmonian beragama kerana pentafsiran yang dibuat dalam hal berkaitan agama bergantung kepada perspektif rasional dan kontekstual.

HURAIAN
Ketauhidan kepada Allah SWT adalah tonggak pegangan hidup umat Islam. Sekiranya seseorang itu, tidak kiralah sama ada umara, ulama, masyarakat Islam mahupun individu Muslim gagal mempertahan dan menegakkan akidah tauhid dalam diri dan kehidupan yang mereka tadbir, maka akan runtuhlah agama, rosaklah masyarakat, rebahlah bangsa serta sesatlah manusia.
            Adakah alam semesta ini terjadi dengan sendiri? Perkataan ‘cipta’ itu sendiri sudah menunjukkan bahawa ianya tidak ada sebelum diadakan.



Ù‡ُÙˆَ الْØ£َÙˆَّÙ„ُ Ùˆَالْآخِرُ Ùˆَالظَّاهِرُ ÙˆَالْبَاطِÙ†ُ ۖ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ بِÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ عَÙ„ِيمٌ
Maksudnya : “Dia-lah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”
            Dalil diatas menunjukkan kewujudan Allah SWT tidak ada permulaannya ialah sekiranya Allah SWT baru diciptakan, maka pastilah ia berhajat kepada pencipta-Nya. Perkara ini akan membawa kepada masalah dawr atau tasalsul. Kedua-dua perkara ini mustahil pada akal fikiran manusia."
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh siti kasim mengenai Tuhan terhasil melalui tenaga adalah tidak benar dan bercanggah dengan akidah islam. Secara logiknya jika tuhan terhasil daripada tenaga maka siapakah yang menciptakan tenaga? Jika tenaga boleh dihasilkan oleh cahaya matahari maka siapakah yang menciptakan matahari.  Jika ada pekara lain yang menciptakan tuhan maka siapakah yang menciptakan sesuatu tersebut. Soalan seperti inilah tida penghujungnya. Sesungguhnya tuhan itu maha berkuasa, maha mencipta, maha segalanya.  Memetik kata Imam al-Sanusi dalam Umm al-Barahin,

KESIMPULAN
kesimpulannya di sini, golongan libral ini masih berusaha untuk mencapai hujah yang benar-benar logik bagi membuktikan kewujudan tuhan dengan akal semata-mata tanpa berlandaskan wahyu. Tetapi tetaplah berpegang dengan ajaran islam dan berpegang dengan akidah. Sesungguhnya tuhan tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran. Semoga umat islam terhindar daripada tergolong dalam golongan islam liberal yang mempersoalkan kewujudan tuhan yang tidak dapat difikir oleh akal manusia, apa yang pasti adalah bahawa Tuhan yang maha berkuasa tidaklah dijadikan dan tidak aka nada pengakhiran.



(jika ada tersilap dalam penyampaian saya dahulukan dengan mohon maaf, sesungguhnya yang baik dan sempurna semuanya datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk daripada siri saya sendiri.)

Post a Comment

0 Comments