SELAMAT KEMBALI KE IPT
Alhamdulillah dan tahniah kepada petugas barisan
hadapan dan rakyat Malaysia kerana berjaya mengurangkan kes harian jangkitan
virus Covid-19 dengan berkesan dan kini malaysia berada dalam tempoh
pemulihan daripada wabak tersebut. sesungguhnya tahun 2020 adalah merupakan
tahun yang sangat mencabar dan kini mahasiswa mahasiswi yang sudah tidak sabar
untuk belajar seperti sedia kala akan telah dibenarkan. sesungguhnya ia
merupakan suasana yang ditunggu-tunggu oleh para penuntut ilmu di IPT.
Berikut adalah
lima perkara penting dari sidang media Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr
Noraini Ahmad di Putrajaya pada Rabu.
1. Pelajar institusi pengajian tinggi akan
memulakan pengajian mereka semula pada Oktober 2020.
2. KPT berpendapat tempoh hampir tiga bulan yang
masih berbaki sehingga semester baharu dimulakan pada Oktober ini adalah
mencukupi bagi semua pihak membuat persiapan dan persediaan yang diperlukan.
3. Semua aktiviti sukan dan riadah pelajar perlu
mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis
Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
4. Pelajar
antarabangsa perlu mendaftar dengan pihak Education Malaysia Global Services
sebelum diberikan kebenaran masuk ke dalam negara oleh Jabatan Imigresen
5. Pelajar antarabangsa perlu menjalani ujian
PCR atau RTK Antigen dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Malaysia
0 Comments