SEORANG GURU MAUT TERJATUH DARI BALKONI BANGUNAN SEKOLAH
kini pelajar telahpun dibenarkan untuk kembali ke sekolah setelah berbulan-bulan barada di rumah akibat wabak covid-19 . kini telahpun diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan pembukaan semula sekolah bagi pelajar Tingkatan Satu hingga Empat adalah 15 Julai ini.
kini guru-guru sedang bertungkus
lumus membuat persiapan bagi menyambut kedatangan pelajar ke sekolah dengan
selamat mengikut sop yang telah ditetapkan. malang tidak berbau apabila seorang
guru lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu bangunan
sekolahnya, di Tanah Merah ketika melakukan persiapan akhir sebelum pembukaan
semula sekolah.
Rosli Abdul Aziz, 54, yang mengajar mata pelajaran Matematik
di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah sejak 17 tahun lalu, disahkan maut akibat
parah di kepala.
"Mangsa yang mempunyai lima anak itu disahkan meninggal
dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk
bedah siasat," katanya mengesahkan kes diklasifikasikan sebagai mati
mengejut.
begitu besar jasanya membuat persiapan kepada para pelajar di sekolahnya
ketika kembali ke sekolah. semoga beliau tergolong di kalangan orang-orang yang
beriman dan beramal soleh.
info daripada : Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/710720/guru-buat-persiapan-buka-sekolah-maut-terjatuh-dari-tingkat-1
info daripada : Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/710720/guru-buat-persiapan-buka-sekolah-maut-terjatuh-dari-tingkat-1
0 Comments