Random Posts

REMAJA 17 TAHUN DIROGOL

REMAJA 17 TAHUN DIROGOL BAPA SAUDARA

jenyah rogol kini masih belum dapat dibendung. kini kita dapat lihat tidak kira remaja sekolah ataupun dewasa sanggup melakukan jenayah terkutuk. seperti yang kita dapat lihat kes di sungai petani Lima lelaki termasuk empat pelajar sekolah menengah direman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.






kini dikejutkan lagi kes di TAWAU: Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun menjadi mangsa rogol kepada bapa saudaranya dalam kejadian di Merotai, Tawau, Sabah sejak dua tahun lalu.


Kejadian itu terbongkar apabila mangsa yang sudah tidak tahan dengan perbuatan keji tersebut bertindak melarikan diri ke rumah saudaranya.

Curiga dengan tindakan melarikan diri serta kemurungan yang dialami mangsa, ahli keluarga remaja berkenaan kemudiannya memujuk dan bertanyakan tentang kejadian yang menimpanya.

Mangsa akhirnya menceritakan kejadian sebenar bahawa dirinya telah dirogol oleh bapa saudaranya berulang kali sejak tahun 2018 lagi.

Sejurus selepas ahli keluarga mendengar cerita mangsa, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira jam 10.45 pagi Selasa.

sedarlah bahawa jenayah rogol tidak membawa kepada apa-apa kebaikan dan keseronokan yang boleh merosakkan masa depan. jagalah batas ketika bergaul bersama orang yang bukan muhrim.



info daripada : http://www.astroawani.com/

Post a Comment

0 Comments