Random Posts

WARGA BANGLADESH DIBURU


WARGA BANGLADESH DIBURU



Rayhan Kabir atau lelaki bangladesh telah mendapat kencaman daripada netizen bertalu-talu. sebelum ia menutup akaun FB milinya yang mana telah meletakkan kemarahannya dengan meletakkan jari tengahnya pada bendera Malaysia dengan mengatakan Malaysia melayan warga asing seperti binatang. inilah padahnya jika terlalu berlembut terhadap warga asing dan ada warga asing yang membuka perniagaan di Malaysia. ini juga mungkin berpunca daripada mereka yang telah membawa warga asing tanpa izin ke negara Malaysia kata netizen.
kini Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) memohon bantuan orang awam menjejaki seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Lelaki terbabit sebelum ini dikesan membuat pelbagai dakwaan palsu berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara ini menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.
Dia melemparkan tohmahan dan dakwaan tidak berasas itu menerusi kenyataan diberikannya kepada stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera, yang membuat laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara ini.
Polis juga dilaporkan memulakan siasatan terhadap Al Jazeera susulan penyiaran dokumentari itu yang antara lain mendakwa layan buruk Malaysia terhadap warga asing ketika berusaha mengekang penularan COVID-19 menerusi langkah PKP.

Post a Comment

0 Comments