Random Posts

Budak Lelaki Umur 2 Tahun Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari "Baby Chair" Di Kedai Makan


Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dua tahun telah disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari kerusi bayi di sebuah restoran dekat Taman Sutera, petang semalam.


Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang itu, kanak-kanak berkenaan sedang makan bersama keluarganya sambil duduk di dalam ‘baby chair’ sebelum dia terjatuh di lantai sehingga menyebabkan kepalanya terhentak.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah, kejadian itu berlaku kerana kanak-kanak tersebut menolak meja menggunakan kakinya yang menyebabkan kerusinya terjatuh.


Menurut Keterangan

“Ibu bapa kanak-kanak itu membawanya ke restoran kira-kira jam 2 petang dan meletakkan anak mereka di dalam kerusi bayi.

“Ketika sedang makan, kanak-kanak berkenaan bertindak luar kawalan dengan menolak meja menggunakan kakinya sehingga meny3babkan kerusi bayi tersebut jatuh dan kepalanya terhentak di lantai.

“Dia kemudian menangis dengan kuat sebelum pengsan,” katanya.

Tambahnya lagi, bapa kanak-kanak berkenaan bertindak membawa anaknya itu ke hospital swasta di Iskandar Puteri dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.


“Bapa kanak-kanak itu kemudian membawanya ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,” ujarnya.


Ujarnya, tiada unsur jenayah dalam kes tersebut namun, siasatan lanjut masih diteruskan dan kertas siasatan dibuka atas laporan mati mengejut (SDR).


sumber: ohmymedia

Post a Comment

0 Comments