Konsert Hausboom Music 2022 yang berlangsung tempoh hari sememangnya menghadirkan pelbagai cerita kontroversi walaupun ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat muzik Tanah Air.
Selain daripada video vokalis kumpulan muzik terkenal dikatakan meludah ke arah penonton, satu lagi video tular di TikTok tak kalah viral melibatkan tindakan spontan seorang pelawak komedi berdiri.
Tak disambut pula
Menerusi muat naik daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @hanifazhari_ , dia telah berkongsi momen Mad Sabah terjun dari atas pentas namun tidak disambut oleh penonton.
@hanifazhari_
harap tak injured . steady brathaa kena buu pun still senyum . #hausboom #hausboommusic #matsabah #crowdsurf
Berlari terjun ke arah penonton
Menerusi video berkenaan, pelawak itu telah berlari dari arah tengah pentas dan terjun ke arah penonton seperti yang sering dilakukan oleh penyanyi-penyanyi ketika mengadakan konsert.
Walau bagaimanapun, crowdsurf yang dilakukan tgagal dan dia hanya ‘di buuu’ dan dibiar jatuh ke lantai tanpa disambut oleh penonton.
diharapkan tidak mengalami apa-apa kecederaan la
Walau bagaimanapun, menerusi kapsyen yang disertakan oleh pengguna TikTok itu, dia memaklumkan Mad Sabah tetap tersenyum walaupun kehadirannya seakan tidak digemari penonton yang sedang asyik mendengar persembahan nyanyian daripada penyanyi-penyanyi kegemaran mereka.
“Harap tak injured . steady brathaa kena buu pun still senyum,” tulisnya.
Bukan Mat Kilau nak buat begitu
di ruangan komen, kebanyakan daripada mereka telah mempertikaikan mengapa pelawak terbabit melakukan aksi demikian kerana ia bukan sahaja boleh membahayakan tangan penonton tetapi tubuh badan sendiri.
Walaupun ada di antara mereka berasa simpati, namun ramai yang tidak dapat menahan tawa melihatnya terjun ke penonton seperti sedang mandi sungai.
Yang ni paling kelakar bang kata salah seorang pengguna Tiktok
bagaimanapun, ramai netizen di luar sana yang meninggalkan koment ' jangan terlalu yakin' semoga video ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya tidak mengambil risiko yang tinggi tanpa berfikir terlebih dahulu setiap tindakan yang diambil.
Sumber: TikTok @hanidazhari_
credit :ohmymedia
0 Comments