Mengikut pertuduhan, kesalahan tersebut dilakukannya menerusi laman Instagram Zul_Ariffin pada 18 Mac lalu.
Pelakon terkenal, Zul Ariffin telah dikenakan denda RM30,000 selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor pada Selasa pagi (4 Oktober) atas pertuduhan memuat naik kandungan sumbang di akaun media sosialnya.
Dia membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noorhisham Mohd Jaafar.
Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kesalahan tersebut dilakukannya menerusi laman Instagram Zul_Ariffin pada 18 Mac lalu.
media melaporkan Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin tiba di Kompleks Mahkamah Sepang sekitar jam 8.10 pagi tadi ditemani beberapa individu dipercayai peguam dan pengurusnya dengan menaiki sebuah kenderaan MPV Toyota model Velfire.
bagaimanapun, hukuman yang dijatuhkan itu adalah keputusan mahkamah agar menjadi suatu pengajaran bukan sahaja terhadap Zul Arifin malah kepada masyarakat.
credit:buzzkini
0 Comments